Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Masak – Intake 1 (Minggu 12)

15 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2025, peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Masak yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-12 ini bertujuan untuk menggalakkan peserta membuat resepi popia big mac viral.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu sebelumnya. Terlebih dahulu, Cikgu Ros memaklumkan bahawa minggu hadapan akan ada 2 kelas dessert iaitu Fruit Tart (20/3/2025) dan Quiche (22/3/2025) dimana kedua-dua kelas adalah untuk semua kelas 1 – kelas 10. Cikgu Ros turut mengumumkan bahawa terdapat program pencarian Cooking Star dalam kalangan peserta Mahir Masak Intake 1 ini.

Dalam kelas minggu ini, Cikgu Ros telah membimbing peserta langkah demi langkah untuk membuat popia big mac viral berdasarkan bahan-bahan mentah yang dibawa sendiri oleh peserta seperti kulit popiah, minyak masak, cheddar cheese, daging kisar, bawang holland, bawang putih, garam, lada hitam kisar, sos keju, sos cili, mayonis, sos tomato dan timun jeruk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali